Saturday, May 17, 2008

kejuruteraan awam

KEJURUTERAAN AWAM.

Apakah dia maksud kejuruteraan?

Sebagai umum yang kita tahu, kejuruteraan adalah salah satu bidang sains teknologi. Kejuruteraan lebih kepada salah satu aplikasi sains untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Di samping itu juga, kejuruteraan menggabungkan matematik, pengetahuan dan pengamalan untuk mereka sesuatu proses dan bentuk. Jika dibandingkan dengan profesion yang lain, bidang ini lebih mementingkan cara penyelesaian bagi sesuatu masalah berbanding saintis yang lebih sesuatu fenomena.

Kejuruteraan Pembinaan

Menyediakan pengetahuan tentang pelaksanaan sesuatu projek kejuruteraan awam seperti pengetahuan tentang kaedah pembinaan, proses pembinaan, alatan dan bahan yang digunakan, pengurusan pembinaan serta kerja-kerja yang berkaitan.
Terdapat beberapa peringkat dalam sesuatu projek pembinaan iaitu peringkat perancangan, peringkat analisis dan reka bentuk, peringkat pengurusan, peringkat pembinaan dan peringkat penyerahan.
Pihak berkuasa tempatan dan kakitangan teknikal akan terlibat secara langsung dari mula hinggalah ke peringkat binaan itu diserahkan kepada pemilik. Tujuannya adalah untuk memastikan pembinaan yang dijalankan mengikut spesifikasi kerja dan juga mematuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

Struktur dan Bahan Binaan

Menyentuh prinsip-prinsip pembinaan dan reka bentuk pelbagai struktur yang menanggung beban seperti pembinaan jambatan, landasan kereta api, lapangan terbang, jalan raya dan lebuh raya, empangan, saliran, sistem pembersihan, sistem bekalan air, bangunan, pelabuhan, terowong dan sebagainya.
Prinsip-prinsip yang dikaji ialah analisis dan reka bentuk struktur serta perkara yang perlu diberi perhatian agar struktur serta perkara yang perlu diberi perhatian agar struktur yang dibina kuat dan tahan lasak serta selamat.
Mengkaji sifat bahan binaan seperti kayu, keluli, bata, konkrit dan lain-lain yang digunakan dalam projek pembinaan. Kajian ini penting supaya penggunaan bahan ini mengikut spesifikasi dan berkualiti.